PENDAHULUAN = PU + AH + AC + AA
'Bahasa jiwa bangsa', itulah frasa yang paling sesuai untuk melambangkan signifikan sesuatu bahasa kepada bangsa-bangsa di Malaysia (PU). Pelbagai polemik telah dibangkitkan sejak akhir-akhir ini bagi membicarakan identiti bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan bagi sebuah rumpun bernama Malaysia (AH). Bahasa Malaysia telah diadaptasikan daripada frasa asal 'Bahasa Melayu' yang disifatkan berjiwa perkauman sekaligus tidak relevan dengan gagasan 1Malaysia (AC). Namun begitu, apakah inisiatif yang perlu diimplementasikan demi memartabatkan bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat? (AA) (67 patah perkataan) |
ISI = AT + AH + AC + AP
Langkah pragmatik yang patut diambil termasuklah menggesa semua urusan rasmi di semua jabatan kerajaan diimplimentasikan dalam bahasa ibunda (AT). Mutakhir ini, jabatan-jabatan kerajaan lebih cenderung memilih bahasa Inggeris yang dianggap berdarjat tinggi berbanding bahasa Malaysia untuk digunakan dalam urusan syarikat mereka (AH) tamsilnya dalam mesyuarat yang diadakan (AC). Sifat nafsi yang menggunung dalam jiwa mereka wajar diibaratkan seperti kacang lupakan kulit kerana mereka persis mengenepikan sebuah bahasa yang telah mendewasakan pemikiran mereka. Oleh itu, pihak-pihak ini haruslah menjaga seterusnya memartabatkan bahasa Malaysia supaya tidak hilang ditelan zaman. (82 patah perkataan) |
PENUTUP = AK + AC + AH
Konklusinya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga untuk meledakkan darjat bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan harian, selain status utamanya sebagai bahasa kebangsaan (AK). Janganlah kita menjadi manusia yang khusyuk menyelami sungai pemodenan dengan mementingkan bahasa asing sebaliknya menidakkan kebolehan bahasa Malaysia untuk membawa kita ke mata dunia. Pepatah Melayu ada menyebut, “yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa” (AC). Oleh hal yang demikian, marilah kita berpijak di bumi yang nyata dengan menjaga bahasa kebangsaan supaya kekal nirmala dan 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas' (AH). (73 patah perkataan) |